Bismillahirrahmanirrahim~

Bismillahirrahmanirrahim~

Sabtu, 8 Oktober 2011

TIDAK IZINKAN KAU PERGI..

Sedih dan Sayu.
Aku tidak tahu mengapa.Suasana kelam mengundang rasa sedih yang mendalam dalam jiwaku.Ku lihat Sufi menangis teresak-esak.Mujahid dan Daud menunduk dengan wajah sugul.Di keliling mereka bertiga,kebanyakan rakanku di Jordan ini hadir.Masing-masing dengan gaya tersendiri.Susah untuk aku tafsirkan.Namun semua menjurus satu tema.
Sedih.
     Tiba-tiba hati aku jadi berdebar-debar.Seperti ada getaran yang hebat muncul dalam hatiku.Seolah-olah suasana itu akan meragut jiwaku.
     “Semoga Allah merahmati arwah”.
     Presiden MPPM Jordan,Abang Hidayat berkata dalam wajahnya yang penuh kemerahan.
    Arwah?
    Ada orang meninggal duniakah?
    Tiba-tiba aku lihat Qayyim,sahabat karibku.Wajahnya lesu tidak bermaya.Kenapa?Dia kaku sahaja tanpa suara.Matanya terpejam.
                                                               *****
AKU MEMANDANG QAYYIM.Wajah itu tidak sama dengan mimpi yang ku alami semalam.Wajahnya kini ceria,hidup dan penuh cahaya tiada satu garis kerisauan pun menerpa diwajanya yang bersih itu.Wajah yang aku tidak pernah sugul bila memandangnya.Namun hari ini,keresahan aku tidak hilang apabila memandang wajahnya.Malah makin bertambah gelisah dan pening.Sungguh,aku boleh gila disebabkan ini.
   “Kenapa macam hendak makan orang sahaja?Sudah bertranformasi untuk menjadi Godzilla?”Qayyim tersenyum-senyum.Menyakat itulah kerja yang dia pandai.
   “Jalan pandang depanlah,”
     Aku memuncungkan bibir ke hadapan,ke arah jalan raya yang sibuk itu.Kami kini berada di hadapan sebuah pasar raya yang bertentangan dengan pintu gerbang universiti kami.Antara pasar raya dengan pintu gerbang universiti kami,ada jalan besar untuk kami lintasi.
    Senior-senior sentiasa berpesan agar kami berhati-hati kerana orang Arab biasanya memandu dengan laju.Kadangkala,kita tidak dapat menjangka bagaimana mereka memandu.Aku yang pernah menaiki teksi dan coaster kecut-kecut perut apabila meliaht cara pemanduan mereka.Menggerunkan.
“Uih,garangnya.Boleh jadi Godzilla sungguh,ni.”
  Qayyim terus melangkah.Tiba-tiba mataku menangkap kelibat sebuah kereta yang bergerak laju.Pantas waajh pucat Qayyim terbayang dalam benakku.Kata-kata Abang Hidayat mengetuk mindaku.
   Arwah?
“Qayyim!”
  Aku terus mencapai lengannya,menarik Qayyim ke belakang semula.Kereta itu terus membelah jalan raya.
  “Kau hendak matikah?Jalan tak pandang kiri kanan?”
    Aku meninggikan suara.Dapat kurasa akan wajahku yang tegang.Dada berdegup kencang.Bukan marah,tetapi……
   Qayyim angkat kening.Matanya terkebil-kebil.”Kau ni,kenapa?Siapa yang tak nampak kereta tadi?Aku bukan hendak melintas.Aku baru  sahaja hendak melangkah untuk berdiri tepi jalan.Macam biasalah.”
   Aku diam.Tadi,dia bukan hendak melintaskah?
 “Kau sayang aku terlebih”
   Qayyim ketawa kecil.Muka aku merah merona.Terasa macam orang bodoh pula.
   “Aku risau.”
    Aku menjawab tanpa memandang wajah Qayyim.Jalan raya masih dipenuhi kenderaan lalu lalang.Kami belum ada peluang untuk melintas.
     “Risau.Terharunya aku.”
      Qayyim memaut bahuku.Dia masih ketawa.Aku diam sahaja.Masakan aku tidak risau?Aku mimpi kau mati!Jeritan itu tinggal di kerongkong sahaja.
      Tidak lama kemudian,kami mendapat peluang untuk melintas.Qayyim melangkah dahulu.Aku pantas bergerak seiring dengannya.Pantas tangan kananku mencari tangan  Qayyim,memimpinnya seperti memimpin anak kecil melintas jalan.
     Sampai sahaja di pintu gerbang Universitu Yarmouk,aku perasan Qayyim memandangku.Aku senyap sahaja.Beberapa orang di tepi jalan tersenyum memandang kami berdua.Memang,nampak pelik kalau sesama lelaki berpimpinan tangan.
“Kau tidak sihat?”Suara Qayyim berbaur kerisauan.
   Aku melepaskan tangannya semasa melepasi pintu gerbang.Geleng.Perlukah aku beritahu dia tentang mimpiku?
    “Kalau kau ada masalah,beritahu aku.?”
      Qayyim memang sahabat yang baik.Sahabat aku yang terbaik. Sekarang,bukan aku yang bermasalah.Masalahnya aldalah kau,Qayyim.Aku rasa macam kau akan ditarik pergi.Aku tidak mahu kau pergi!
      “Tiada apa-apa.”
         Qayyim tersenyum semual.Wajah cerinnya kembali bercahaya.”Kau tengah angau dengan sesiapakah?”Tangannya mencuit pinggangku.
         “Banyaklah kau punya angau!”
                                                    ******
   KATA ORANG,KALAU MANUSIA hampir meninggal dunia,akan ada tanda-tandanya.Selalunya kita tidak perasan tanda-tanda tersebut,melainkan selepas dia tida.Contoh yang biasa adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tidak habis.Satu contoh lagi yang biasa aku dengar ialah arwah akan sering bercakap mengenai mati sebelum kematiannya.
     “Agak-agak umur kita ini berapa panjang lagi?”
       Hampir tersembur air yang kuteguk.Terkejut.Aku membulatkan mata,memandang Qayyim.
       “Mati-mati jangan sebutlah,”Aku menegur.
       Qayyim tersengih.”Kenapa pula?Mati itu,bila-bila masa sahaja.Apa salahnya ingat mati?Mati selalu ingat kita.?”
      Aku menghela nafas yang panjang.Betul.Malah,mengingati mati adalah pencuci kekaratan dalam hati.Rasulullah SAW bersabda:
     “Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi,”
      Sahabat-sahabat pun bertanya bagaimana untuk membersihkannya.Rasulullah SAW menjawab,
      “Membaca Al-Quran dan mengingati mati.”
       “Iyalah,hilang keindahan pagi ini.”
    Aku memberikan alasan.Kemudian memandang mentari pagi yang redup di sebalik awan.Sekarang,waktu subuh ialah jam 3.40 pagi.Malam menjadi pendek keranam usim panas.Antara hobi aku dan Qayyim semasa musim panas adalah duduk-duduk di atas sutuh dan berehat sambil memerhatikan mentari naik.Kami akan membaca Al-Quran dan kemudiaannya akan bersarapan bersama-sama.
   “Kalau aku mati,bagaimana agaknya kau?”Soalan itu mengundang pusingan pantas kepalaku.
     

Rabu, 5 Oktober 2011

RahsIaku miLikmu ya Allah~

         Kejauhan kelihatan teguhnya pepohon rendang mengharum menghiasi sekitar Taman Anggerik.Sekitar di situ juga kelihatan anak-anak kecil bermain dengan riang.Di bawah pepohon rendang itu,kelihatan susuk tubuh kecil milik seorang wanita berjilbab putih bersih duduk di atas kerusi kayu sambil menundukkan wajahnya.Di samping itu,seorang lelaki berdiri agak jauh daripadanya berfikir panjang tanpa ada bicara.Mungkin memikirkan ayat selanjutnya yang ingin dibicarakan.Suasana sepi hanya kedengaran suara anak-anak kecil bermain ditemani burung-burung berkicauan agak galak.Tanpa disedari wanita itu mulai membuka bicara.Perlahan-perlahan dia mengucapkan basmalah.Wanita itu memohon kepada Sang Penciptanya agar apa yang ingin dikatakan ini tidak menyakitkan hati sesiapa kelak.

“Ada yang ingin saya katakan,Akil”

Perlahan-perlahan wajahnya diangkat sedikit kemudian tunduk kembali.Tidak ingin dia memandang Akil yang bukan miliknya melainkan seorang yang sah setelah diijab kabul iaitu suami yang akan menjadi imam kepada keluarganya kelak.Walaupun Akil adalah bakal tunangnya tapi ia amat menjaga kehormatannya.Ia mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang cintanya tetap kukuh pada Ilahi.

“Saya belum bersedia untuk bertunang dalam masa terdekat ini.Masih banyak perlu saya cari dalam hidup saya.Minggu hadapan saya akan ke Kaherah,Mesir”

Air mata wanita itu turun perlahan-perlahan di wajahnya yang mulus.Dia tahu Akil seorang yang baik,hormat orang tua dan warak.Jadi tiada sebab untuk dia menolak  pinangan lelaki itu.Namun pelajaran harus lebih diutamakan.Dia tidak mahu konsentrasinya terganggu disebabnya lalai kerana bercinta.

“Kenapa Aima Zahirah?Bukankah saya masih boleh menunggumu?Tidakkah Aima mengetahui perasaanku ini sekian lama?”

Bertubi-tubi soalan yang diterima oleh Aima Zahirah.Sedari tadi Akil kelihatan diam membisu.Namun tadi Akil umpama gunung berapi yang melepaskan laharnya.Akil agak emosi kerana tidak dapat menerima hakikat kenyataan itu.Nyata di amat terkejut akan berita itu.Dia tidak mahu berjauhan dengan wanita itu.Wanita itulah semangatnya ketika dia jatuh dahulu.

“Istighfar,Akil.Jangan kerana menyayangiku,kau jadi begini rupa.Aima yakin Akil boleh berfikiran rasional.Aima berharap Akil mngerti keadaan Aima.

Dengan penuh ketenangan Aima mengucapkan butir-butir ayat itu.Baginya jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah.Semuanya telah tersurat di Luh Mahfuz.Dia yakin jodoh itu akan datang dengan sendirinya sekiranya dia sentiasa dekat dengan PenciptaNya.

“Baiklah,Akil menerima keputusan Aima itu.Mungkin jodoh kita sampai di sini sahaja.Allah mempunyai rahsia terindah buat menjadi pengajaran dalam kehidupan kita”

Panjang lebar Akil berbicara.Kini Akil lebih tenang menyusun baris kata-katanya.Akil berfikiran matang.Dia tidak ingin wanita yang dicintainya itu terbeban dengan segala masalahnya pula.Dia menoleh ke arah Aima Zahirah dengan wajah yang tenang.Dia tahu selepas ini dia tidak mungkin lagi dapat mendengar suara lembut Aima yang dikenalinya sejak zaman persekolahan itu.Aima hanya mampu menundukkan wajahnya memandang ke arah semut-semut kecil.Hatinya juga sedih namun kerana tugasnya sebagai pelajar itu ibadah.Dia harus juga melupakan Akil.

“Akil..Maafkan Aima jika menyakiti hati Akil.Tidak terlintas di hati ini untuk berbuat demikian.Sepanjang keberadaan Aima di Kaherah nanti.Jagalah dirimu di sini sebaik-baiknya.Allah pasti akan sentiasa berada di sisimu jika selalu mengingatiNya.

    Perlahan-perlahan Aima bangkit dari kerusi itu lalu mengucapkan salam terakhir buat sahabatnya itu.Dia berlalu pergi sambil tersenyum ke arah Akil.Akil hanya mampu melihat senyuman itu pergi hingga hilang dari pandangannya.Itulah kali terakhir dia melihat Aima Zahirah sebelum Aima berangkat ke Kaherah,Mesir.Doanya akan sentiasa bersemi untuk sahabatnya itu.

Tirai ditutup perlahan-perlahan.Tamat~

Jumaat, 30 September 2011

JaWapaN rInDU by HaFiz HamiDUn...~

Terasa sesuatu persoalan memanggil,
Di benak yg paling m’dlm shingga mnjadi realiti,
Smakin jiwa dilanda gelora sang penanti,
Smakin sukar difahami puncanya gelisah ku ini,
HANya kekosongan jiwa kehilgan,
Ku rasai pnghuni Hati,
c/o
Dimanakah ku temui pnghujung yg resah ini,
Seumpama ku mnnti sjwpn rindu,
Dimanakah ku temui oh sinaran yg hkiki,
Untuk mnjadi penyuluh jln di depan ku,hgga akhir wktu…

Andainya kau temui cahaya yg ku cari,
Sudikah dkgsi bersama sbgai tmpat mhu sbgai kekasih
Pnyentuh byangangan jauh,menatap pngertian,
Penyelap dasar persoalan,
Penyelongkar ke puncak rasul…


Isnin, 26 September 2011

SuKa duka kehiduPan

Assalamualaikum pembuka bicara,     
Salam Sejahtera pemanis kata,
Ini kisah teman-teman saya,
Buat tontonan semua pembaca.

Alkisah terdapatlah 14 orang gadis,
Yang mana semua manis-manis,
Pantang dipuji tersenyum sinis,
Itulah mereka yg bermacam-macam jenis.

Wajahnya ala2 mix Jepun dan Korea,
Itulah Chia empunya nama,
Butir bicaranya bagaikan mutiara,
Nabilah Husna baik saja.


Persis wajah seperti amoi.,
Fouziah kita comel sekali,
Perwatakan menarik memikat hati,
Siti Nur Atiqah empunya diri.


Subjek matematik kasilah dia,
Izzati memang handal mengira,
Bermain gitar tak kira masa.
Ini dia  Affiah Uzma.

Suka mengusik itulah kerjanya,
Empunya diri Nur Fatin Husna.
Berbadan kecil berkaca mata,
Senang disapa Effa saja!

Tersenyum manis tenang sekali,
Ukhti Sabrina yang baik hati,
Gemar melukis kartun animasi,
Dia Sharizan kami kenali.

Selalu masuk pertandingan menari,
Ainur kita tetap di hati,
Meminati  Jang Geun Suk tentu sekali,
Shara Shazwani nama diberi.

Ketua EpicStar selamba saja,
Siapa tak kenal Nurul Syafiqa?
Duduk termenung teringatkan ‘dia’,
Itulah Shantini sahabat saya.
Selesailah sudah hikayat ini..


Berakhir kisah ini moga semua terhibur selalu.

Sabtu, 27 Ogos 2011

LailatuR qADAr taNda Allah mENgasihani kitA~

   Salah satu keagungan,keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.Malam yang muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih baik dikenali sebagai Lailatur Qadar.
  Rasulullah saw sendiri memohon kepada ALLAH agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.
 Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bulan ini (Ramadan)datang kepada kamu,dalamnya ada malam dimana amalan ibadah yg dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada daripada amalan selama seribu bulan.Sesiapa yang kehilangan malam itu,sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan.Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu,kecuali orang yang diharamakn(tidak mendapat petunjuk)daripada Allah."(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
   Dalam satu hadis lain,Rasulullah Saw bersabda maksudnya:Sesiapa yang beribadah pada Lailaturqadar dengan penuh keimanancdan pengharapan kepada keredhaan Ilahi,nescaya dia akan diampuni segala dosanya yg lampau."(Hadis Riwayat Muslim)
   Keistimewaan Lailaturqadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira.
   Antaranya firmannya Allah bermaksud:Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran)ini pada LailaturQadar.Dan  apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatur Qadar" Lailatur Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,turun malaikat dan jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut).Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar."(Surah Al-Qadr,ayat 1-5).Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatur Qadar akan muncul pada setiap ramadan sebagai anugerah llahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat nabi Muhammad.
  Ulama bersepakat bahawa lailatur qadar berlaku pada Ramadan.Begitu juga bersepakat malam itu pada 10 malam terakhir Ramadan.
  Walau apapun harinya,yamg pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat,limpahan kurnia dan keampunannya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.
  Kelebihan Lailatur Qadar tentu tidak akan dianugerahkn kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya yang hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.Akan tetapi fadilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas,khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata,perilaku,akhlak,ibadat,dan kegiatan sehariannya.^^  

Selasa, 23 Ogos 2011

Kenapa pentingnya ucap 'Insya-Allah'

PETIKAN dari Al-Quran maksud Al-Kahfi(Gua):Ayat 23:Dan jangan sekali-kali kamu(wahai Muhammad) mengatakan sesuatu:"Bhawa aku akan melakukan itu esok hari."
 Ayat 24:Melainkan (hendaklah disertakan dgn berkata ): "Insya-Allah" (jika dikehendaki Allah). Dan ingatlah kpd Tuhanmu jika kamu terlupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kpd yg lebih dkat kebenarannya daripada ini."
  Ahmad Sonhadji Mohammad dalam kitab Tafsir Al-Quran Juz 15 pada m/s 214 telah menghuraikan mngenai 2 ayat itu:
   Allah menegah Rasulnya dan juga umat Islam supya janganlanh mengatakan "Saya akan membuat sesuatu esok pada esok hari".
   Melainkan hendaklah disertakan dgn perkataan InsyaALLAH yg ertinya 'jika dikehendaki Allah'.
   Kalau seseorang itu mengatakan : "Saya akan membuat dan ini pada esok hari",tanpa mengaitkan atau disertakan dgn ucapan insyaAllah,boleh jadi dia mati sebelum dapat melakukan apa yg sudah dijanjikan atau dikatakan itu.
  Ataupun dia tidak dapat melakukan(atau menunaikan janjinya itu)disebabkan dia terhalang oleh sesuatu yg tidak dapat dielakkan.
   Ini bererti org itu telah dianggap (berbohong) BERBOHONG terhadap apa yg telah dijanjikannya.Dengan demikian org tidak lagi percaya terhadapnya..
   Wassalam.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Sabar Itu Iman

Sahabat tercinta...
Di dalam QS Al Baqarah [2] ayat 153 Allah SWT berfirman "wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".

Mengapa sabar dan shalat sebagai penolong?

Sahabat tercinta...
Kata sabar lebih dari seratus kali di sebut di dalam Alqur'an. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya makna sabar. Karna sabar merupakan poros sekaligus inti dan asas segala macam kemuliaan akhlak.

Jika kita telusuri lebih lanjut ternyata hakekat seluruh akhlak mulia, sabar selalu menjadi asas atau landasannya.
Misalnya:
  • 'Iffah (menjaga kesucian diri) adalah merupakan bentuk kesabaran dalam menahan diri dari memperturutkan syahwat.
  • Syukur adalah bentuk kesabaran untuk tidak mengingkari nikmat dari Allah SWT.
  • Qana'ah (merasa cukup dengan apa yang ada) adalah sabar dengan menahan diri dari angan-angan dan keserakahan.
  • Hilm (lemah lembut) adalah kesabaran dalam mengendalikan amarah.
  • Pemaaf adalah sabar untuk tidak membalas dendam.
Demekian pula keutamaan akhlak lainnya, semuanya bersumbu pada kesabaran. Dengan kata lain secara psikologis kita bisa memaknai kesabaran sebagai suatu kemampuan untuk menerima, mengelolah dan menyikapi kenyataan.

Jadi sabar adalah upaya menahan diri dalam melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu untuk mencapai ridho Allah SWT.

Maka orang yang sabar adalah orang yang mampu menempatkan diri dan bersikap optimal dalam setiap keadaan. Sabar bukanlah sebuah bentuk keputus asaan tapi merupakan optimesme yang terukur. Ketika menghadapi situasi di mana kita harus marah misalnya maka marahlah secara bijak dan diniatkan untuk kebaikan bersama.

Sahabat tercinta...
Sedangkan shalat adalah ibadah yang di awali dengan takbir dan di akhiri dengan salam dengan gerakan dan bacaan tertentu seperti yang telah di contohkan Rasulullah SAW.

Shalat adalah ibadah paripurna yang memadukan olah pikir, gerak dan rasa. Ketiganya terpadu secara serasi dan selaras dan saling melengkapi.

Dalam shalat terintegrasi proses latihan meletakkan kendali diri secara proporsional, mulai dari gerakan, inderawi, aql dan pengelolaan nafsu yang pada akhirnya akan menghasilkan jiwa yang bersifat mutma'innah.

Orang yang memiliki jiwa mutma'innah inilah yang pada akhirnya akan mampu mengaplikasikan nilai-nilai shalat dalam keseharian yaitu nilai-nilai yang di dominasi kesabaran paripurna.

Prakteknya tercermin dalam sikap penuh syukur, pemaaf, lemah lembut, penyayang, tawakkal, qana'ah, menjaga kesucian diri, istiqomah dan sebagainya.

Dengan kata lain, orang yang shalatnya baik dalam hidupnya akan di penuhi sifat sabar yang tercermin dalam tingginya akhlak dalam kehidupan sehari-hari.

Karna itulah maka Rasulullah, para sahabat dan orang-orang shaleh menjadikan shalat sebagai istirahat, sarana pembelajaran, media pembangkit energi, sumber kekuatan dan pemandu untuk meraih kemenangan.

Ketika mendapat rezeki melimpah, shalatlah ungkapan kesukurannya. Ketika beban hidup makin berat, maka shalatlah yang meringankannya. Ketika rasa cemas membelenggu, shalatlah yang membebaskannya.

Maka tak heran bila khubaib bin Adi ketika akan menjalani eksekusi mati, dedengkot kafir quraisy memberi kesempatan untuk mengajukan permintaan terakhirnya.
Apa yang dia minta? Ternyata yang di minta adalah kesempatan untuk shalat. Dengan khusu' shalat dua raka'at di tunaikan. Selepas itu beliau berkata, "Andai saja aku tidak ingin di anggap takut dan mengulur-ulur waktu niscaya akan kuperpanjang lagi shalatku ini".

Sahabat tercinta...
Memang shalat yang baik akan menghasilkan kemampuan bersabar. Sebaliknya kesabaran yang baik akan menghasilkan shalat yang berkwalitas yaitu, terjadinya dialog dengan Allah SWT sehingga menghasilkan kenikmatan, ketenangan yang tak terhingga di hati.

Barang siapa yang mampu merasakan nikmatnya berdialog dengan Allah SWT di dalam shalat maka niscaya Allah akan membuka lebar-lebar pintu pertolongannya.
Sudahkah shalat kita demikian?.

Oleh karna itu marilah kita berusaha menegakkan shalat dan mewarnai kehidupan kita penuh kesabaran agar pintu pertolongan senantiasa terbuka lebar untuk kita. Dan semoga artikel ini dapat menjadi bahan renungan untuk lebih menikatkan kesabran kita dalam menjalankan ibadah. Amin.

Semoga bermamfaat...
Wallahu a'lam bishowab