Kejauhan kelihatan teguhnya pepohon rendang mengharum menghiasi sekitar Taman Anggerik.Sekitar di situ juga kelihatan anak-anak kecil bermain dengan riang.Di bawah pepohon rendang itu,kelihatan susuk tubuh kecil milik seorang wanita berjilbab putih bersih duduk di atas kerusi kayu sambil menundukkan wajahnya.Di samping itu,seorang lelaki berdiri agak jauh daripadanya berfikir panjang tanpa ada bicara.Mungkin memikirkan ayat selanjutnya yang ingin dibicarakan.Suasana sepi hanya kedengaran suara anak-anak kecil bermain ditemani burung-burung berkicauan agak galak.Tanpa disedari wanita itu mulai membuka bicara.Perlahan-perlahan dia mengucapkan basmalah.Wanita itu memohon kepada Sang Penciptanya agar apa yang ingin dikatakan ini tidak menyakitkan hati sesiapa kelak.
“Ada yang ingin saya katakan,Akil”
Perlahan-perlahan wajahnya diangkat sedikit kemudian tunduk kembali.Tidak ingin dia memandang Akil yang bukan miliknya melainkan seorang yang sah setelah diijab kabul iaitu suami yang akan menjadi imam kepada keluarganya kelak.Walaupun Akil adalah bakal tunangnya tapi ia amat menjaga kehormatannya.Ia mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang cintanya tetap kukuh pada Ilahi.
“Saya belum bersedia untuk bertunang dalam masa terdekat ini.Masih banyak perlu saya cari dalam hidup saya.Minggu hadapan saya akan ke Kaherah,Mesir”
Air mata wanita itu turun perlahan-perlahan di wajahnya yang mulus.Dia tahu Akil seorang yang baik,hormat orang tua dan warak.Jadi tiada sebab untuk dia menolak pinangan lelaki itu.Namun pelajaran harus lebih diutamakan.Dia tidak mahu konsentrasinya terganggu disebabnya lalai kerana bercinta.
“Kenapa Aima Zahirah?Bukankah saya masih boleh menunggumu?Tidakkah Aima mengetahui perasaanku ini sekian lama?”
Bertubi-tubi soalan yang diterima oleh Aima Zahirah.Sedari tadi Akil kelihatan diam membisu.Namun tadi Akil umpama gunung berapi yang melepaskan laharnya.Akil agak emosi kerana tidak dapat menerima hakikat kenyataan itu.Nyata di amat terkejut akan berita itu.Dia tidak mahu berjauhan dengan wanita itu.Wanita itulah semangatnya ketika dia jatuh dahulu.
“Istighfar,Akil.Jangan kerana menyayangiku,kau jadi begini rupa.Aima yakin Akil boleh berfikiran rasional.Aima berharap Akil mngerti keadaan Aima.
Dengan penuh ketenangan Aima mengucapkan butir-butir ayat itu.Baginya jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah.Semuanya telah tersurat di Luh Mahfuz.Dia yakin jodoh itu akan datang dengan sendirinya sekiranya dia sentiasa dekat dengan PenciptaNya.
“Baiklah,Akil menerima keputusan Aima itu.Mungkin jodoh kita sampai di sini sahaja.Allah mempunyai rahsia terindah buat menjadi pengajaran dalam kehidupan kita”
Panjang lebar Akil berbicara.Kini Akil lebih tenang menyusun baris kata-katanya.Akil berfikiran matang.Dia tidak ingin wanita yang dicintainya itu terbeban dengan segala masalahnya pula.Dia menoleh ke arah Aima Zahirah dengan wajah yang tenang.Dia tahu selepas ini dia tidak mungkin lagi dapat mendengar suara lembut Aima yang dikenalinya sejak zaman persekolahan itu.Aima hanya mampu menundukkan wajahnya memandang ke arah semut-semut kecil.Hatinya juga sedih namun kerana tugasnya sebagai pelajar itu ibadah.Dia harus juga melupakan Akil.
“Akil..Maafkan Aima jika menyakiti hati Akil.Tidak terlintas di hati ini untuk berbuat demikian.Sepanjang keberadaan Aima di Kaherah nanti.Jagalah dirimu di sini sebaik-baiknya.Allah pasti akan sentiasa berada di sisimu jika selalu mengingatiNya.
Perlahan-perlahan Aima bangkit dari kerusi itu lalu mengucapkan salam terakhir buat sahabatnya itu.Dia berlalu pergi sambil tersenyum ke arah Akil.Akil hanya mampu melihat senyuman itu pergi hingga hilang dari pandangannya.Itulah kali terakhir dia melihat Aima Zahirah sebelum Aima berangkat ke Kaherah,Mesir.Doanya akan sentiasa bersemi untuk sahabatnya itu.
Tirai ditutup perlahan-perlahan.Tamat~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan