Bismillahirrahmanirrahim~

Bismillahirrahmanirrahim~

Jumaat, 10 Februari 2012

Tazkirah ringkas~

Bismillah.Assalamualaikum.
Syukur ke hadrat Ilahi tangan ini mampu lagi bergerak dengan kehendakNya.Permulaan entri ini saya mahu mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat junjungan besar kita baginda Rasulullah SAW.Allahummusolli ala muhammad  wa ala muhammad.Marilah kita memperbanyak selawat kepada baginda.Sungguh,kita tak akan menjadi orang rugi bahkan akan tergolong dalam golongan dalam orang-orang yang beruntung.Sangatlah beruntung diri kita apabila mendapat syafaat daripada baginda kelak.InsyaAllah.
Kesempatan yg bersisa,ingin saya kongsikan bersama kalian sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah yg diadakan di sekolah saya.Saya sangat sukacita dan senang dengan pengisian-pengisian sepanjang progran dijalankan.Tidak rugi rasanya hadir ke sekolah selain mendapat ilmu yg percuma tanpa berbayar.Tentunya saya paling menunggu ceramah mengenai bagaimana hendak mencintai Rasulullah SAW yg dikendalikan seorang ustaz.Sangat ringkas tapi padat dengan mesej.Rasa rindu yang mendalam kepada Kekasih Allah,Muhammad SAW dituruti rasa terharu atas pegorbanan baginda dalam menegakkan deen Allah.Terngiang-ngiang di telinga saya apa yang dikatakan ustaz itu:

“Seseorang itu tidak akan menyayangi yang lain tanpa sebab.Tentunya menyayangi mereka pasti kerana kesempurnaannya.”

Kata Ustaz lagi:

“Orang yang bercinta tidak akan mempedulikan sekeliling mereka meski si kekasih itu kentut pun dikatakan bau seperti Ambi Pur.Saat itu mereka hanya memandang kesempunaan lahiriah.

Apa yang saya dapat,cinta yang azali dan hakiki itu milik Allah.Selain itu,ustaz cuba menerapkan rasa cinta kami kepada junjungan besar kita Rasulullah SAW.Wajar kita mencintai Rasulullah atas kesempurnaan baginda yg tiada tolok bandingnya.Tambahan pula,jasa baginda yang mulia jangan dilupakan.Alhamdulillah,selesai dari ceramah itu hati saya lebih tenang.Saya tekadkan untuk mencintai Rasulullah SAW melebihi makhluk lain.InsyaAllahJ
18 Rabiulawal 1433H.

Ahad, 5 Februari 2012

PERJALANAN HIDUP

Assalamualaikum.Pada kali ini tangan saya rajin pula hendak menaip di papan keyboard sambil mendengar lagu-lagu yg sedap didengar.Entri saya kali tidak lain tidak bukan hanya berkisar  mengenai kehidupan saya. Tahun 2011 baru berlabuh dan kini tiba tahun 2012 yang penuh misteri.Penuh warna-warna harmonis yang cukup indah dikongsi bersama penghuni alam bumi ini.Azam tentu baru dan pemikiran juga mesti baru kan?Teringat saya tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan manis dan duka yang sukar saya lupakan.Semua ini,saya bancuh dalam satu uncang,digaul dalam satu bekas,ramuan sabar,jujur,amanah  dan ikhlas ditabur agar hasil dapat dimaksimakan.Nah,tahun 2011 memang merupakan memori terindah sepanjang saya bergelar pelajar.Semuanya akan menjadi semangat untuk saya bangun membuat evolusi di dalam diri.InsyaAllah.Harap kalian juga begitu?Tahun 2012 ini eloklah kita membuat penghijrahan dalam diri.Namun seelok-eloknyanya azam semasa awal muharram lagi baik.Tentunya saat itu meminta ampun lah kita kepada Allah segala apa yang kita telah lakukan di dunia baik sedar mahupun tidak.Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bertaubat dan memohon ampun kepadanya.Mari wahai teman pasang sebulat tekad untuk berubah ke arah yang lebih baik. ”Jika kau telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah”(Surah Ali-Imran)3:159.                                                                                                                           Masih ada sinar mentari yang akan menanti anda.Jangan berputus asa dan teruskan beristiqamah dalam mencari solusi kehidupan.Saya juga seperti anda yang masih belajar.Paling penting,usah hiraukan kenangan lalu agar tidak mengganggu anda untuk teruskan kehidupan.Anggap sebagai sejarah yang telah dibukukan erat.Walau bagaimanapun susahnya hidup itu ia tetap kehidupan yang telah ada di Loh Mahfuz.Takdir itu masih boleh diubah kecuali hanya ajal saja tidak mampu kita tolak.




Wassalam.                                                                                                                                                                                 12Rabiulawal1433H.                                                                                                                                                             

Selasa, 20 Disember 2011

Hikayat 1 kisah:)

Assalamualaikum.
Ana ingin berkongsi satu cerita dengan kalian mngenai wanita-wanita yang ana kagumi dalam hidup.Mereka adalah insan-insan yang memberi inspirasi untuk ana terus bangun dan maju.Antara insan-insan itu IBUku tercinta,AKAKku tersayang dan SAHABATku yang dikasihi.Tanpa mereka hidup ana pasti berada dalam kegelapan.Alhamdulillah,mereka lah yang memberi cahaya dengan menasihati dan menegur ana.LOVE YOU BECAUSE OF ALLAH.Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri sendiri dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah SWT. Semoga Allah melindungi kalian.

Kisah yang ingin ana ceritakan mengenai seorang wanita yang ana kenali dengan panggilan  kakak.
Kakak ini jika dilihat paras rupa dia memang solehah,cantik,berbakat dan pandai memasak.Semua pakej ada padanya termasuk sikap penyayang terhadap kanak-kanak.Mana-mana lelaki pun tidak akan menolak sekiranya mendapat isteri  kriterianya begini.Namun begitu,dia tidak pernah sekali memanfaatnya setiap ap yang ada itu untuk dia menarik hati-hati lelaki.Sebaliknya,lelaki pula yang menawarkan cinta kepadanya.Ramai lelaki yang memburu cintanya untuk dijadikan sebagai kekasih mahupun bakal isteri kelak.Wanita solehah tentu sekali menjadi idaman para lelaki.Dia menghargai setiap lelaki yang datang memburu cintanya,namun pada masa yang sama dia hairan mengapa dia yang dijadikan pilihan walhal masih ramai lagi insan yang solehah di luar.Tentu juga lebih baik daripadanya.Namun dia tetap menghargai niat murni mereka.Kebanyakkan yang datang yang memburu cintanya dikalangan berjawatan tinggi dan berpangkat.Jauh sudut hatinya,bukan itu yang jadi pilihan dia.Dia lebih memilih lelaki yang mempunyai keturunan agama.Dia mengambil keputusan untuk tidak terpedaya dengan setiap rayuan mereka.Ini kerana,rasa tanggungjawab dia terhadap keluarganya yang menggunung tinggi diselangi iman yang kuat.Betapa teguhnya prinsipnya dalam menghadapi cinta-cinta lelaki.Saban hari,sang lelaki memgejar cintanya,tetapi dengan bijaksana dia berjaya menepis satu persatu.Cinta dia hanya untuk Allah.Tidak boleh dikongsi sesiapa.Lagipun,dia yakin jodoh pasti akan tiba dengan ketentuan Ilahi.Komitmen dia hanya tertumpu pada keluarga dan kerjanya sahaja.Niatnya sungguh murni demi meringankan beban keluarganya.Tambahan pula mempunyai adik-adik yang begitu ramai.Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan dia.

Ana yang mendengar ceritanya tersenyum kelat.Bermacam-macam perasaan yang sukar untuk dijelaskan.Namun yang pasti rasa KEKAGUMAN.Hanya Allah saja tahu.Semoga perkongsian ini dapat dijakdikan satu azam dan semangat yang baru.Wassalam.

Jumaat, 16 Disember 2011

Diam itu resepi mengawal amarah^^

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Khamis, 15 Disember 2011

TIPS PILIH CALON SUAMI SOLEH :)

1.LIHAT PADA NILAI AKHLAK DAN AGAMANYA TERLEBIH DAHULU
~Diriwayatkan Abu Hurairah r.a.,Rasulullah SAW bersabda: “Jika(seseorang lelaki)datang untuk meminang anak perempuan kamu)dan kamu berpuas hati dengan agama serta akhlaknya,nikahkanlah dia(dengan anak perempuan kamu).Jika hal itu tidak kamu lakukan,maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi dan kerosakan yang amt luas.”

2.USAH MENGAHWINI LELAKI FASIK
~Diriwayatkan oleh Anas r.a.,Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasik (derhaka)bererti dia telah memutuskan hubungan silaturahim dengan anaknya sendirinya.”

3.USAH MELETAKKAN PANGKAT DAN HARTA SEBAGAI ASAS
~Firman Allah SWT: “…Dan nikahkanlah orang-orang yang masih sendirian(lelaki yang belum beristeri dan wanita belum ada suami)di antara kamu,dan orang-orang yang soleh daripada para hamba sahaya kamu,lelaki mahupun perempuan.Jika mereka itu miskin,Allah akan berkenan membuat mereka mampu dengan limpahan kurnia-Nya.Allah Maha Luas Rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.”(Surah An-Nuur:32)

4.DITEGAH MENGAHWINI LELAKI BUKAN ISLAM
~Allah SWT mengharamkan perkahwinan antara perempuan Muslim dengan lelaki bukan Islam kerana ia adalah ikatan yang palsu,lemah dan buruk.Firman Allah SWT: “…Dan janganlah kamu mengahwini orang-orang lelaki musyrik dengan wanita-wanita beriman sebelum mereka beriman.Sesungguhnya hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki(merdeka,bukan hamba)yang musyrik,walaupun ia mengagumkan kamu.Mereka(orang-orang Musyrik)mengajak ke neraka,sedangkan Allah mengajak ke syurga dan menjanjikan keampunan atas kehendak-Nya.Demikian Allah menjelaskanayat-ayat-Nya(perintah-perintah-Nya)kepada manusia semoga mereka selalu beringat.”(Surah Al-Baqarah:221)

5.MEMILIH CALON YANG MAMPU
~Lelaki yang hendak dipilih sebagai suami haruslah memiliki tubuh badan yang sihat serta mampu menyediakan keperluan zahir dan batin kepada isteri.

*artikel ini ana copy from iluvislam.kesimpulannya,sementara menunggu pinangan daripada si ‘dia’ sama-samalah kita wanita muslimah men’SOLEHAH’kan diri.Muhasabah diri sentiasa.InsyaAllah,calon suami yang kita idamkan akan datang jua.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sepotong peringatan bersama~


Bismillahirrahmannirrahim.
Aku ingin kongsi sebuah kisah hidup yang aku rasa penuh dengan pedoman untuk dibuat peringatan pada sesiapa saja dalam novel karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin,Seindah Mawar Berduri.Antara lain,Khazinatul Asrar berkata:
  
“Waktu di sekolah dulu,Allah banyak uji saya lelaki.Mula-mula saya rasa tak suka tapi lama-kelamaan saya rasa seronok apabila diminati.Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta.Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah.Hari-hari yang dilalui terasa lebih ceria apabila saya mengetahui diri ini amat dihargai.Namun sikap pemalu membuatkan saya kelihatan jual mahal,hakikatnya hati saya suka.
Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya.Kata-kata indah dan pujian di dalam surat-surat itu menyebabkan saya terlentok.Memang lelaki pandai bermain kata-kata.Waktu itu hidup saya penuh dengan angan-angan.Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayani surat-surat yang datang.Tapi Alhamdulillah,berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama,saya rasa malu dan bersalah untuk berbuat demikian biarpun waktu-waktu dala hidup saya kian dibuai keasyikan.
Kemudian,keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya.Saya tak dapat menumpukan pelajaran sepenuh perhatian dlaam kelas.Ketika waktu ulangkaji pun,isi surat-surat ut mengganggu minda saya untuk fokus.Saya terlalu asyik keranam mungkin itulah pengalaman paling mencabar dalam dunia remaja.
Saya mula bertanya diri,apakah yang telah angan-angan beriakn dalam hidup saya ni?Hanyalah kegagalan.Cintalah punca angan-angan.Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya Cuma berlegar di sudut hati,bukan secara zahir.Saya tak pernah menterjemahkannya.Tapi,hatilah yang menjadi raja,pemberi arahan kepada seluruh anggota tubuh kita.Saya bertanya lagi,bersihkah hatiku ini?Layakkah hati sebegini untuk menadah nur ilmu?Bukankah ilmu itu cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang berbuat maksiat?

Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya agak merosot.Saya cemburu pada kawan-kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya.Saya buntu.Tak tahu nak mengadu pada siapa.
Saban hari,dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktivti wajib di sekolah,entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan “Cinta Allah”.Menurut ustaz-ustaz dan naqibah,saya dapat simpulkan bahawa cinta Allah tak mengecewakan.CintaNya sentiasa membawa kebahagian kepada hati,perasaaan dan kehidupan.Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini,saya ada Allah untuk dicintia.Allah sentiasa menanti dengan penuh citna terhadap hamba-Nya,cuma saya tak kenal cinta Allah.Pintu taubat-Nya sentiasa terbuak luas untuk dikunjungi.
Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu.Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir.Tika itu,sukar jugau untuk istiqamah terutamanya tahajud.Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan itu,saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya,darah daging saya.Saya mula dapat merasai kelainan pada suasana hati saya.Melihat kawan-kawan tak diuji dengan lelaki,saya terfikir alangkah indahnya kalau cinta untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia.
Rasa macam bodoh pula hidup dalam angan-angan cinta,sudahlah masih sekolah…Semua ternyata sia-sia.Buang masa dan boleh tergadai cita-cita.
Genap 17 tahun,saya genggam azam baru.Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya.Hati saya yakin bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Dialah penentu segalaNya.Bukan sekadar akademik,tapi cinta Allah mampu membawa kebahagian yang hakiki.Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi.
Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untk membantu saya dalam mendepani fatamorgana dunia remaja.Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan ini terhadap Kekasih Agung saya.Pemikiran saya lebih terarah apabila sedikit sebanyak mengenal Allah,seterusnya tindakan juga lebih terpandu.Say mula memberi sepenuh perhatian pada pelajaran dan habiskan waktu lapang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu.Saya yakin tarbiah inilah mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta.Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan rindu kepada-Nya dalam jiwa saya yang kosong ini.Saya juga ingin jatuh cinta pada Allah.Saya dapat rasakn ketenangan jiwa yang lebih bermakna.
Saya terus mencari cinta-Nya.Hinggalah keputusan SPM diumumkan saya mnejadi salah seorang pelajar terbaik di sekolah.Susah nak percaya.Semua itu kerana cinta Allah sebenarnya.Saya bertambah yakin bahawa cinta Allah takkan mengecewakan.Hanya bila tersemai semangat mencari cinta dalam jiwa,barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnnya.Kudus dan suci.Sebab itulah pada usia ini,cinta Allah tak boleh dikongsi sesiapa.Itu prinsip saya.”
Semoga dari kisah ini kita dapat mengubah persepi dan cara hidup kita ke arah lebih baik.Amin.Apa yang baik datang dari Allah,dan yang silap datang dari saya sendiri.Wallahualm.:)

Khamis, 20 Oktober 2011

Wanita itu BaGAIkan mUtiara~

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..