Bismillahirrahmanirrahim~

Bismillahirrahmanirrahim~

Khamis, 15 Disember 2011

TIPS PILIH CALON SUAMI SOLEH :)

1.LIHAT PADA NILAI AKHLAK DAN AGAMANYA TERLEBIH DAHULU
~Diriwayatkan Abu Hurairah r.a.,Rasulullah SAW bersabda: “Jika(seseorang lelaki)datang untuk meminang anak perempuan kamu)dan kamu berpuas hati dengan agama serta akhlaknya,nikahkanlah dia(dengan anak perempuan kamu).Jika hal itu tidak kamu lakukan,maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi dan kerosakan yang amt luas.”

2.USAH MENGAHWINI LELAKI FASIK
~Diriwayatkan oleh Anas r.a.,Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasik (derhaka)bererti dia telah memutuskan hubungan silaturahim dengan anaknya sendirinya.”

3.USAH MELETAKKAN PANGKAT DAN HARTA SEBAGAI ASAS
~Firman Allah SWT: “…Dan nikahkanlah orang-orang yang masih sendirian(lelaki yang belum beristeri dan wanita belum ada suami)di antara kamu,dan orang-orang yang soleh daripada para hamba sahaya kamu,lelaki mahupun perempuan.Jika mereka itu miskin,Allah akan berkenan membuat mereka mampu dengan limpahan kurnia-Nya.Allah Maha Luas Rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.”(Surah An-Nuur:32)

4.DITEGAH MENGAHWINI LELAKI BUKAN ISLAM
~Allah SWT mengharamkan perkahwinan antara perempuan Muslim dengan lelaki bukan Islam kerana ia adalah ikatan yang palsu,lemah dan buruk.Firman Allah SWT: “…Dan janganlah kamu mengahwini orang-orang lelaki musyrik dengan wanita-wanita beriman sebelum mereka beriman.Sesungguhnya hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki(merdeka,bukan hamba)yang musyrik,walaupun ia mengagumkan kamu.Mereka(orang-orang Musyrik)mengajak ke neraka,sedangkan Allah mengajak ke syurga dan menjanjikan keampunan atas kehendak-Nya.Demikian Allah menjelaskanayat-ayat-Nya(perintah-perintah-Nya)kepada manusia semoga mereka selalu beringat.”(Surah Al-Baqarah:221)

5.MEMILIH CALON YANG MAMPU
~Lelaki yang hendak dipilih sebagai suami haruslah memiliki tubuh badan yang sihat serta mampu menyediakan keperluan zahir dan batin kepada isteri.

*artikel ini ana copy from iluvislam.kesimpulannya,sementara menunggu pinangan daripada si ‘dia’ sama-samalah kita wanita muslimah men’SOLEHAH’kan diri.Muhasabah diri sentiasa.InsyaAllah,calon suami yang kita idamkan akan datang jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan