Bismillahirrahmanirrahim~

Bismillahirrahmanirrahim~

Selasa, 20 Disember 2011

Hikayat 1 kisah:)

Assalamualaikum.
Ana ingin berkongsi satu cerita dengan kalian mngenai wanita-wanita yang ana kagumi dalam hidup.Mereka adalah insan-insan yang memberi inspirasi untuk ana terus bangun dan maju.Antara insan-insan itu IBUku tercinta,AKAKku tersayang dan SAHABATku yang dikasihi.Tanpa mereka hidup ana pasti berada dalam kegelapan.Alhamdulillah,mereka lah yang memberi cahaya dengan menasihati dan menegur ana.LOVE YOU BECAUSE OF ALLAH.Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri sendiri dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah SWT. Semoga Allah melindungi kalian.

Kisah yang ingin ana ceritakan mengenai seorang wanita yang ana kenali dengan panggilan  kakak.
Kakak ini jika dilihat paras rupa dia memang solehah,cantik,berbakat dan pandai memasak.Semua pakej ada padanya termasuk sikap penyayang terhadap kanak-kanak.Mana-mana lelaki pun tidak akan menolak sekiranya mendapat isteri  kriterianya begini.Namun begitu,dia tidak pernah sekali memanfaatnya setiap ap yang ada itu untuk dia menarik hati-hati lelaki.Sebaliknya,lelaki pula yang menawarkan cinta kepadanya.Ramai lelaki yang memburu cintanya untuk dijadikan sebagai kekasih mahupun bakal isteri kelak.Wanita solehah tentu sekali menjadi idaman para lelaki.Dia menghargai setiap lelaki yang datang memburu cintanya,namun pada masa yang sama dia hairan mengapa dia yang dijadikan pilihan walhal masih ramai lagi insan yang solehah di luar.Tentu juga lebih baik daripadanya.Namun dia tetap menghargai niat murni mereka.Kebanyakkan yang datang yang memburu cintanya dikalangan berjawatan tinggi dan berpangkat.Jauh sudut hatinya,bukan itu yang jadi pilihan dia.Dia lebih memilih lelaki yang mempunyai keturunan agama.Dia mengambil keputusan untuk tidak terpedaya dengan setiap rayuan mereka.Ini kerana,rasa tanggungjawab dia terhadap keluarganya yang menggunung tinggi diselangi iman yang kuat.Betapa teguhnya prinsipnya dalam menghadapi cinta-cinta lelaki.Saban hari,sang lelaki memgejar cintanya,tetapi dengan bijaksana dia berjaya menepis satu persatu.Cinta dia hanya untuk Allah.Tidak boleh dikongsi sesiapa.Lagipun,dia yakin jodoh pasti akan tiba dengan ketentuan Ilahi.Komitmen dia hanya tertumpu pada keluarga dan kerjanya sahaja.Niatnya sungguh murni demi meringankan beban keluarganya.Tambahan pula mempunyai adik-adik yang begitu ramai.Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan dia.

Ana yang mendengar ceritanya tersenyum kelat.Bermacam-macam perasaan yang sukar untuk dijelaskan.Namun yang pasti rasa KEKAGUMAN.Hanya Allah saja tahu.Semoga perkongsian ini dapat dijakdikan satu azam dan semangat yang baru.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan