Sedih dan Sayu.
Aku tidak tahu mengapa.Suasana kelam mengundang rasa sedih yang mendalam dalam jiwaku.Ku lihat Sufi menangis teresak-esak.Mujahid dan Daud menunduk dengan wajah sugul.Di keliling mereka bertiga,kebanyakan rakanku di Jordan ini hadir.Masing-masing dengan gaya tersendiri.Susah untuk aku tafsirkan.Namun semua menjurus satu tema.
Sedih.
Tiba-tiba hati aku jadi berdebar-debar.Seperti ada getaran yang hebat muncul dalam hatiku.Seolah-olah suasana itu akan meragut jiwaku.
“Semoga Allah merahmati arwah”.
Presiden MPPM Jordan,Abang Hidayat berkata dalam wajahnya yang penuh kemerahan.
Arwah?
Ada orang meninggal duniakah?
Tiba-tiba aku lihat Qayyim,sahabat karibku.Wajahnya lesu tidak bermaya.Kenapa?Dia kaku sahaja tanpa suara.Matanya terpejam.
*****
AKU MEMANDANG QAYYIM.Wajah itu tidak sama dengan mimpi yang ku alami semalam.Wajahnya kini ceria,hidup dan penuh cahaya tiada satu garis kerisauan pun menerpa diwajanya yang bersih itu.Wajah yang aku tidak pernah sugul bila memandangnya.Namun hari ini,keresahan aku tidak hilang apabila memandang wajahnya.Malah makin bertambah gelisah dan pening.Sungguh,aku boleh gila disebabkan ini.
“Kenapa macam hendak makan orang sahaja?Sudah bertranformasi untuk menjadi Godzilla?”Qayyim tersenyum-senyum.Menyakat itulah kerja yang dia pandai.
“Jalan pandang depanlah,”
Aku memuncungkan bibir ke hadapan,ke arah jalan raya yang sibuk itu.Kami kini berada di hadapan sebuah pasar raya yang bertentangan dengan pintu gerbang universiti kami.Antara pasar raya dengan pintu gerbang universiti kami,ada jalan besar untuk kami lintasi.
Senior-senior sentiasa berpesan agar kami berhati-hati kerana orang Arab biasanya memandu dengan laju.Kadangkala,kita tidak dapat menjangka bagaimana mereka memandu.Aku yang pernah menaiki teksi dan coaster kecut-kecut perut apabila meliaht cara pemanduan mereka.Menggerunkan.
“Uih,garangnya.Boleh jadi Godzilla sungguh,ni.”
Qayyim terus melangkah.Tiba-tiba mataku menangkap kelibat sebuah kereta yang bergerak laju.Pantas waajh pucat Qayyim terbayang dalam benakku.Kata-kata Abang Hidayat mengetuk mindaku.
Arwah?
“Qayyim!”
Aku terus mencapai lengannya,menarik Qayyim ke belakang semula.Kereta itu terus membelah jalan raya.
“Kau hendak matikah?Jalan tak pandang kiri kanan?”
Aku meninggikan suara.Dapat kurasa akan wajahku yang tegang.Dada berdegup kencang.Bukan marah,tetapi……
Qayyim angkat kening.Matanya terkebil-kebil.”Kau ni,kenapa?Siapa yang tak nampak kereta tadi?Aku bukan hendak melintas.Aku baru sahaja hendak melangkah untuk berdiri tepi jalan.Macam biasalah.”
Aku diam.Tadi,dia bukan hendak melintaskah?
“Kau sayang aku terlebih”
Qayyim ketawa kecil.Muka aku merah merona.Terasa macam orang bodoh pula.
“Aku risau.”
Aku menjawab tanpa memandang wajah Qayyim.Jalan raya masih dipenuhi kenderaan lalu lalang.Kami belum ada peluang untuk melintas.
“Risau.Terharunya aku.”
Qayyim memaut bahuku.Dia masih ketawa.Aku diam sahaja.Masakan aku tidak risau?Aku mimpi kau mati!Jeritan itu tinggal di kerongkong sahaja.
Tidak lama kemudian,kami mendapat peluang untuk melintas.Qayyim melangkah dahulu.Aku pantas bergerak seiring dengannya.Pantas tangan kananku mencari tangan Qayyim,memimpinnya seperti memimpin anak kecil melintas jalan.
Sampai sahaja di pintu gerbang Universitu Yarmouk,aku perasan Qayyim memandangku.Aku senyap sahaja.Beberapa orang di tepi jalan tersenyum memandang kami berdua.Memang,nampak pelik kalau sesama lelaki berpimpinan tangan.
“Kau tidak sihat?”Suara Qayyim berbaur kerisauan.
Aku melepaskan tangannya semasa melepasi pintu gerbang.Geleng.Perlukah aku beritahu dia tentang mimpiku?
“Kalau kau ada masalah,beritahu aku.?”
Qayyim memang sahabat yang baik.Sahabat aku yang terbaik. Sekarang,bukan aku yang bermasalah.Masalahnya aldalah kau,Qayyim.Aku rasa macam kau akan ditarik pergi.Aku tidak mahu kau pergi!
“Tiada apa-apa.”
Qayyim tersenyum semual.Wajah cerinnya kembali bercahaya.”Kau tengah angau dengan sesiapakah?”Tangannya mencuit pinggangku.
“Banyaklah kau punya angau!”
******
KATA ORANG,KALAU MANUSIA hampir meninggal dunia,akan ada tanda-tandanya.Selalunya kita tidak perasan tanda-tanda tersebut,melainkan selepas dia tida.Contoh yang biasa adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tidak habis.Satu contoh lagi yang biasa aku dengar ialah arwah akan sering bercakap mengenai mati sebelum kematiannya.
“Agak-agak umur kita ini berapa panjang lagi?”
Hampir tersembur air yang kuteguk.Terkejut.Aku membulatkan mata,memandang Qayyim.
“Mati-mati jangan sebutlah,”Aku menegur.
Qayyim tersengih.”Kenapa pula?Mati itu,bila-bila masa sahaja.Apa salahnya ingat mati?Mati selalu ingat kita.?”
Aku menghela nafas yang panjang.Betul.Malah,mengingati mati adalah pencuci kekaratan dalam hati.Rasulullah SAW bersabda:
“Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi,”
Sahabat-sahabat pun bertanya bagaimana untuk membersihkannya.Rasulullah SAW menjawab,
“Membaca Al-Quran dan mengingati mati.”
“Iyalah,hilang keindahan pagi ini.”
Aku memberikan alasan.Kemudian memandang mentari pagi yang redup di sebalik awan.Sekarang,waktu subuh ialah jam 3.40 pagi.Malam menjadi pendek keranam usim panas.Antara hobi aku dan Qayyim semasa musim panas adalah duduk-duduk di atas sutuh dan berehat sambil memerhatikan mentari naik.Kami akan membaca Al-Quran dan kemudiaannya akan bersarapan bersama-sama.
“Kalau aku mati,bagaimana agaknya kau?”Soalan itu mengundang pusingan pantas kepalaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan