Salah satu keagungan,keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.Malam yang muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih baik dikenali sebagai Lailatur Qadar.
Rasulullah saw sendiri memohon kepada ALLAH agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.
Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bulan ini (Ramadan)datang kepada kamu,dalamnya ada malam dimana amalan ibadah yg dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada daripada amalan selama seribu bulan.Sesiapa yang kehilangan malam itu,sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan.Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu,kecuali orang yang diharamakn(tidak mendapat petunjuk)daripada Allah."(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu hadis lain,Rasulullah Saw bersabda maksudnya:Sesiapa yang beribadah pada Lailaturqadar dengan penuh keimanancdan pengharapan kepada keredhaan Ilahi,nescaya dia akan diampuni segala dosanya yg lampau."(Hadis Riwayat Muslim)
Keistimewaan Lailaturqadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira.
Antaranya firmannya Allah bermaksud:Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran)ini pada LailaturQadar.Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatur Qadar" Lailatur Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,turun malaikat dan jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut).Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar."(Surah Al-Qadr,ayat 1-5).Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatur Qadar akan muncul pada setiap ramadan sebagai anugerah llahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat nabi Muhammad.
Ulama bersepakat bahawa lailatur qadar berlaku pada Ramadan.Begitu juga bersepakat malam itu pada 10 malam terakhir Ramadan.
Walau apapun harinya,yamg pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat,limpahan kurnia dan keampunannya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.
Kelebihan Lailatur Qadar tentu tidak akan dianugerahkn kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya yang hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.Akan tetapi fadilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas,khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata,perilaku,akhlak,ibadat,dan kegiatan sehariannya.^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan