Bismillahirrahmanirrahim~

Bismillahirrahmanirrahim~

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sepotong peringatan bersama~


Bismillahirrahmannirrahim.
Aku ingin kongsi sebuah kisah hidup yang aku rasa penuh dengan pedoman untuk dibuat peringatan pada sesiapa saja dalam novel karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin,Seindah Mawar Berduri.Antara lain,Khazinatul Asrar berkata:
  
“Waktu di sekolah dulu,Allah banyak uji saya lelaki.Mula-mula saya rasa tak suka tapi lama-kelamaan saya rasa seronok apabila diminati.Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta.Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah.Hari-hari yang dilalui terasa lebih ceria apabila saya mengetahui diri ini amat dihargai.Namun sikap pemalu membuatkan saya kelihatan jual mahal,hakikatnya hati saya suka.
Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya.Kata-kata indah dan pujian di dalam surat-surat itu menyebabkan saya terlentok.Memang lelaki pandai bermain kata-kata.Waktu itu hidup saya penuh dengan angan-angan.Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayani surat-surat yang datang.Tapi Alhamdulillah,berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama,saya rasa malu dan bersalah untuk berbuat demikian biarpun waktu-waktu dala hidup saya kian dibuai keasyikan.
Kemudian,keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya.Saya tak dapat menumpukan pelajaran sepenuh perhatian dlaam kelas.Ketika waktu ulangkaji pun,isi surat-surat ut mengganggu minda saya untuk fokus.Saya terlalu asyik keranam mungkin itulah pengalaman paling mencabar dalam dunia remaja.
Saya mula bertanya diri,apakah yang telah angan-angan beriakn dalam hidup saya ni?Hanyalah kegagalan.Cintalah punca angan-angan.Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya Cuma berlegar di sudut hati,bukan secara zahir.Saya tak pernah menterjemahkannya.Tapi,hatilah yang menjadi raja,pemberi arahan kepada seluruh anggota tubuh kita.Saya bertanya lagi,bersihkah hatiku ini?Layakkah hati sebegini untuk menadah nur ilmu?Bukankah ilmu itu cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang berbuat maksiat?

Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya agak merosot.Saya cemburu pada kawan-kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya.Saya buntu.Tak tahu nak mengadu pada siapa.
Saban hari,dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktivti wajib di sekolah,entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan “Cinta Allah”.Menurut ustaz-ustaz dan naqibah,saya dapat simpulkan bahawa cinta Allah tak mengecewakan.CintaNya sentiasa membawa kebahagian kepada hati,perasaaan dan kehidupan.Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini,saya ada Allah untuk dicintia.Allah sentiasa menanti dengan penuh citna terhadap hamba-Nya,cuma saya tak kenal cinta Allah.Pintu taubat-Nya sentiasa terbuak luas untuk dikunjungi.
Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu.Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir.Tika itu,sukar jugau untuk istiqamah terutamanya tahajud.Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan itu,saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya,darah daging saya.Saya mula dapat merasai kelainan pada suasana hati saya.Melihat kawan-kawan tak diuji dengan lelaki,saya terfikir alangkah indahnya kalau cinta untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia.
Rasa macam bodoh pula hidup dalam angan-angan cinta,sudahlah masih sekolah…Semua ternyata sia-sia.Buang masa dan boleh tergadai cita-cita.
Genap 17 tahun,saya genggam azam baru.Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya.Hati saya yakin bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Dialah penentu segalaNya.Bukan sekadar akademik,tapi cinta Allah mampu membawa kebahagian yang hakiki.Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi.
Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untk membantu saya dalam mendepani fatamorgana dunia remaja.Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan ini terhadap Kekasih Agung saya.Pemikiran saya lebih terarah apabila sedikit sebanyak mengenal Allah,seterusnya tindakan juga lebih terpandu.Say mula memberi sepenuh perhatian pada pelajaran dan habiskan waktu lapang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu.Saya yakin tarbiah inilah mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta.Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan rindu kepada-Nya dalam jiwa saya yang kosong ini.Saya juga ingin jatuh cinta pada Allah.Saya dapat rasakn ketenangan jiwa yang lebih bermakna.
Saya terus mencari cinta-Nya.Hinggalah keputusan SPM diumumkan saya mnejadi salah seorang pelajar terbaik di sekolah.Susah nak percaya.Semua itu kerana cinta Allah sebenarnya.Saya bertambah yakin bahawa cinta Allah takkan mengecewakan.Hanya bila tersemai semangat mencari cinta dalam jiwa,barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnnya.Kudus dan suci.Sebab itulah pada usia ini,cinta Allah tak boleh dikongsi sesiapa.Itu prinsip saya.”
Semoga dari kisah ini kita dapat mengubah persepi dan cara hidup kita ke arah lebih baik.Amin.Apa yang baik datang dari Allah,dan yang silap datang dari saya sendiri.Wallahualm.:)

2 ulasan:

  1. hidup ni mmg penuh dengan dugaan.
    kita kena pandai tempuhinya.
    jadikan Allah sebagai kekasih mmg bermakna.
    hati akan sentiasa tenang.
    lagu dekat blog awk sesuai dengan tajuk tu.
    sedih bile baca.

    nice entri :)

    BalasPadam